Saturday 4 May 2013

Kerje Oh Kerja!

Assalamualaikum...Fuhhh! lama sudah ndak nge"update blog bha!! hihihi..tiba2 jer kecek sabah.. **klakar** hee...

Ok, harini xde pape! juz nak listkan kerje skolah yang berlambak22222~ 
I know, bukn FN sorang jer yg banyak keje, semua oranggg pun banyak keje!

So, in shaa Allah, Isnin ni exam dan malamnya pergi langkawi selama semingggu., sebab ade program BTN dan adela buat program buka booth kesihatan utk penduduk di sana.. =)). So, before "berfoya2" kat sana FN kene senaraikan kerja sekolah, takut terlupa saje!

Antara2 kerje2 skolah FN =')) :
  1. Case study respi- hantar 6/5 (ada sedikit lagi) In shaa Allah, esok kene siapkan ny hook or by crook!
  2. Isnin (6/5) mid-term exam: pharmaco and anatomy,physiology/biochemistry.. n yang sempoinya, FN xstudy sangat lagi and xde feel nak study (nak tukarrr koossss! aminn)
  3. Balik langkawi: kita ade kerje reflection dr program di langkawi, kene present dlm slide.(17/5-kene present but not sure)
  4. kerje Pharmaco-medication DDA, kene buat slide juga.
  5. Presentatation CESMED (16/5-kot tp dlm mggu tula)-buat slide ;why our company must win n one more question. (task FN) 
  6. 17-19/5 p kem jati diri (xtau kat mne lgi temptnya)
  7. kerje Pembangunan Diri-researh n respondan edarkan..
  8. Sociology (31/6-kot)
  9. Exam adult nursing (20/5) 
  10. Dinner jabatan (8/6)
Buat masa ini, tu je dulu! wow...skit gilerrr... uhukkk2!

INI KALILAHH! Hope dapat pemerintahan yang baru, telus dan berpandukan syariat Islam...aminnn.. Allahhuakbarrr!

Wednesday 11 July 2012

P E N A T~ (-.-")

Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarakatuu!


P E N A T T T T T!!!!!!!!!!!!!!!!   mengejar cinta si dia!!!
Aku hampir berputus asa dengan cinta si dia tp aku sayang sangat kpd si dia dan aku tahu si dia sangat menyayangiku!


Harini aku mengambil keputusan untuk off hp seharian, sebab xlarat nak membebel yang seperti mencurah air ke daun keladi di sebabkan ego si dia dan aku malas nak cakap sebab aku sedih memikirkan hubungan ku dengannya~(nangiss). 


Ini kali kedua cinta fb aku, kerana si dia menepati ciri-ciri yang aku cari. pap! terus aku jatuh cinta dgnnya! Allah,mudahnya aku jatuh cinta sedangkan aku masih belum habis mencintai~Mu dan Rasul~Mu. 
Apakah ciri-ciri si dia:
--->solat 5 waktu penuh dan berjemaah di surau=AWESOME
--->solat tahajud di 1/3 malam (tp sejak kenal dengan aku, die x seistiqamah dulu)
--->die memiliki ciri2 3org lelaki yang aku kagum: abang kandung ku yg sama nama dgn si dia,ustaz aku dan abang ipar aku
--->penyayang
--->dia mampu menangis bersamaku n keranaku
--->dia tpupkan aku setiap kali kredit aku hbis rm3,itupun kene mintak.


teringat aku masa di matrik, setiap hari die teman aku study sampai die tertido...die teman tp xmsg,kami just msg msa  aku nak tido itupun kejap n kadang2 die dah tertido n die pasti reply msa die sedar ataupun kadang2 msa aku msg die tgh2 malam, die mesti terjaga, sungguh terharu! Kemudian pagi2 die kejutkankan aku dgn msg dgn call. sebelum ke kuliyah hari2, setiap pagi dia msg aku untuk mengingati aku, bahawa siapa diriku bgnya n siapa dirinya bagiku n mcm2 lagi msgnya yg masihku simpan. Aku sgt bersyukur n happy sebab dia sentiasa ada bersamaku dlm susah n senangku di matrik..


TAPI----> sekarang aku mula letih dengan janji2nya. selepas aku putus cinta kali pertama,aku berazam untuk tidak jatuh cinta pada bukan yg halal untukku n aku nak sangat mengejar Cinta~NYA, tp aku di uji dengan cinta si dia..syaitan telah mengaburkan mataku dgn agama yang ade pada si dia. Namun agamanya xmampu mengawal nafsunya---> setiap hari die mngatakan kata rindu n sayang kepadaku sehingga kami terlanjur berzina dalam hp...kadang2 aku berjaya mengawal nafsuku n nafsunya tp xsemudah tu jika hanya aku sorg n die tetap mengikutkan hawa nafsunya..astagfirullahhalazim...AKU BETUL2 INGIN BERTAUBAT N BERUBAH-aminnn..(aku menangis sekali lagi) Ya Allah Yang Maha Mendengar, ampuni dosa2ku!-amin-


Aku percaya pada si dia tp kepercayaanku ada batasnya, aku banyak kali kata bhwa aku xingin bercinta, aku ingin bercinta lepas kahwin..aku kata aku xmahu bermsg n call dgn die, aku kata jgn pggil aku "sayang",aku suruh dia call parents aku, aku suruh dia dtg rumah, aku minta dia jumpe aku~aku inginkan sesuatu yang PASTI not JANJI~ aku sangat masak dgn janji lelaki (ex, si dia) sume xboleh di percayai.. Tp sume kata2ku bagai mencurahkan air ke daun keladi.. die tetap pggil aku sayang,die tetap msg aku,tetap call,tetap memberi janji2 yang xpastii! AKU PENAT! AKU TERSEKSA!(aku menangis lagi)


Aku pelik kenapa perempuan boleh sanggup buat ape sje utk yg bukan halal bg mereka (pakwa mereka)..serah segalanya~termasukla aku tp lelaki ape pun xboleh!! xboleh nak berkorban sikit. sbgai perempuan aku tau, hati perempuan sgt lembut n mudah termakan pujuk+kata2 manis+janji..oh! termasukla aku.. Aku mula sensitif bila si dia xmemenuhi hajatku, aku inginkan hadiah tanpa di minta(tudung labuh,jubah, purdah tp sbb aku xbekerja,so aku xmampu nk beli n sifat buruk aku, aku ni xsabar kalau nak sesuatu). Kalau aku ank org kaya, bnyk duit,pasti aku da beli sendiri!


aku pelik kenapa si dia xmampu buat ape yg org lain buat kat makwa depa??
kenapa sesetngah lelaki boleh bg duit gjinya setiap bulan kat makwe depa w/pun keje die biasa2 tp di sebabkan depa sayang n bukti cinta mereka,mereka sggup berikan duit tersebut tp knapa si dia xboleh buat pada aku? sedangkan die betul2 cinta kan aku? (aku nangis lagi)


kenapa sesetgh lelaki boleh belikan bju raya,tudung raya utk kekasih hati die sebagai tanda cintanya pada makwa die tp knpe si dia xboleh buat padaku?


kenapa orang yang betul2 ikhlas cintakan makwanya, berani dtg jupe parents depa? tp knpe si dia xberani? kenape?? (aku nangis lagi)


cont..slps sebulan>>OK AKU XNAK ULAS LAGI~AKU SAYANG KAT DIA N NAK MENJADI HALAL UTK DIA SAJA DA AKU TERIMA SEGALA KEUNIKANNYA,SYUKURR N LEPAS AKU MERAJUK DIE BANK IN DUIT N BELANJA TUDUNG YG AKU MINTA..HIHIIHI..


OK, WSALAM..

Tuesday 19 June 2012

Aku nak sangat memilikimu!


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuu! 


So excited bila da mula menulis ni! So lepas tulis entri 1,terus menulis 2~
Aku tak faham ape yang orang buat semasa on9 selain dari fb,tweeter,blogging, any ideas?? 
I mean ape yang depa buat tu mestilah bermanfaat dan jarang orang lain buat, curious la nak tau sebab bila aku on9, aku rasa mcm orang bodoh, xtau ape yang aku nak! Aku selalu berperangai mcm ni, xtau ape yang aku nak 



(video calling sat melayan si dia)


i'm back (11.58 am~hari selasa)


continue...
yuppp...xtau ape yang aku nak especially msa belajar atau bila tanya orang or nak tanya something, aku xtau ape yg aku nak tanya? hihihi... tp dengan tertubuhnya blog ni,aku x rasa sunyi lagi, bila aku sedih, blog ni la tmpt aku meluahkan segala2nya~tak kisah ade org bca ke dak..kadang2 aku anggap bila aku menulis blog ni, seolah2 aku mngadu pada-Nya.. okay nak straight to the point..


ape yang aku mahu? jika aku tak mampu memiliki?


**aku ingin belajar menjahit tudung labuh untuk diriku n bakal anak2 perempuanku,insyaAllah!


**aku sebenarnya teringin memiliki tudung ni, tp aku xmampu utk membelinya..tdi aku msg pd pondok as-sunnah:
"assalamualaikum..
sy nak tnya pondok as-sunnah ni sekolah pondok ka?
sy berminatla nak bljr menjhit purdah n tudung labuh untuk diri sy sendiri... ada keje kosong ditwrkan di pondok as-sunnah tak? sy betul2 nak belajar,sy ada asas menjahit.. ataupun ade kelas x untuk bljr menjhit purdah dan tudung labuh..? syukran, =)"



aku harap sangat Ya Allah, Engkau makbulkan doaku ini~amin

Lagi,aku inginkan tudung ni atau dapat belajar buat tudung ni pun okay! I likee it very muchhh!!


InsyaAllah, aku yakin Allah akan membantuku~aminnnn


Lagi, aku inginkan purdah,niqab..ingin belajar cara membuatnya~


 
ohhh~Allah, I want it!! aminnnn..


 okay lgi stu i want jubahhhh~yang cntik2! oh..later i will upload jubah idaman!
okay sampai disini, wsalam..

Monday 18 June 2012

Aku Ingin Berubah!

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuu! buat blog baru..=))



InsyaAllah dengan kekuatan yang Allah pinjamkan kpd aku, dapatlah aku menulis blog baru,syukur :')
Sedang aku stalker fb n tweeter seorg teman yang ku gelar G, tiba-tiba rasa sayu+jeles+xpuas hati+sedih=lalu berjujuranlah air mataku mengenangkan dosa-dosaku=maka muhasabahlah diri aku.


Kenapa aku sayu?
***sebab sejak kami break up~aku tidak lagi rapat dengan dia seperti dulu.


Kenape aku jeles?
***dia ramai teman=dia bahagia=dia ramai kawan perempuan n selalu tweet dgn org perempuan.


Kenapa aku xpuas hati?
***kenapa dia boleh bahagia berteman dengan ramai perempuan+kenapa dia bahagia? Aku inginkan bahagia! seperti dia


Kenapa aku sedih?
***mungkin sebab aku telah jauh dari rahmatNYA.


Hati aku menjerit bila stalkers tentang G! sampai aku rasa, aku nak delete account fb n tweeters, aku xmahu tahu menahu tentang G! tp aku tetap memerlukan teman2 lain utk memotivasikanku-takkan kerana nila setitik rusakk susu sebelanga! oh!


oklah, xmau sedih-sedih wahai diri~Allah kan ada..=))
Jadi mulai sekarang aku ingin berubah kpd perkara positif:

#nak perbaiki iman

#nak pertingkatkan ibadat sunat

#NAK SOLAT AWAL WAKTU

#NAK RAJIN BACA AL-QURAN



Allahumma~amin!!